sikap kuku besi umno mulai kelihatan

Posted by abewa Thursday, 30 April 2009 0 comments

hanya 13 media boleh buat liputan sidang DUN

IPOH (1 May): Harakah, Malaysian Insider, Malaysiakini atau apa jua ler yang tak termasuk dalam senarai jangan harap nak masuk buat lipuitan persidangan dewan undangan negeri.

Kerajaan negeri menetapkan hanya 13 organisasi media boleh buat liputan. Yang lain dilarang memasuki dewan, bukan itu sahaja dok di kaki lima dewanpun nanti kena halau.

Semua pintu maklumat kononnya akan dikatup oleh Zambry. Tengoklah nanti.. akan lebih bocor dan tiris maklumat kerana yang membocorkannya ialah pegawai kerajaan sendiri.. mereka yang menyampah dengan Zambry dan kuncu-kuncunya.

Cukup dengan gambar sahaja. Yang berhormat Adun Pakatan Rakyat pun ramai yang terdiri daripada kalangan blogger.Blogger hanya perlu gambar sahaja kerana ia akan menceritakan segalanya.

Kerajaan negeri kudeta Umno/BN menetapkan hanya 13 organisasi media dibenarkan membuat liputan sidang DUN Perak yang akan berlangsung selama seminggu bermula 7 Mei ini, demikian menurut kenyataan media Jabatan Penerangan Negeri.

Organisasi berkenaan ialah stesen TV RTM dan BernamaTV, TV3 dan akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Namban, Tamil Nesan dan agensi berita Bernama.

Notis itu juga menghadkan hanya dua orang sahaja boleh mewakili setiap organisasi berkenaan — seorang wartawan dan seorang jurugambar. Bagaimanapun RTM, BernamaTV dan TV3 yang dikuasai Umno boleh menghantar tiga wakil.

Media-media lain tidak dizinkan memasuki dewan termasuk berada di sekitar laluan luar dewan itu. END




"Jika Speaker DUN tidak berhak dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, maka apa gunanya jawatan Speaker ?"

Jika jawatan Speaker tidak dihormati lagi, maka bawa dan letakkan lah seekor keldai menduduki kerusi Speaker supaya Zambry berbuat apa sahaja kehendaknya," demikian tegas V Sivakumar, Speaker DUN Perak.

Sivakumar berkata demikian dalam blognya sebagai mengulas agenda persidangan Dun 7 Mei yang telah diedarkan pada Adun-adun Khamis 30 April.

Agenda Sidang DUN.

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

i) Usul pelucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

ii) Usul pelantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan


Umno salahguna wang kerajaan kempen di Bukit Gantang


Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang mendakwa bahawa UMNO BN telah menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat dalam kempen pilihan raya Bukit Gantang baru-baru ini.

Beliau mendedahkan penyalahgunaan wang kerajaan ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PAS Perak selepas bermesyuarat bersama adun PR.

Menurutnya wang kerajaan tersebut digunakan bagi membiayai kos percetakan sebuah makalah yang dengan jelas adalah bahan kempen calon BN di Bukit Gantang. Makalah tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak.

Penggunaan Pejabat Menteri Besar sebagai penerbit kepada majalah tersebut juga satu penyalahgunaan pejabat kerajaan.

Hj Nizar kemudian menyerahkan makalah itu kepada Pengerusi PAC DUN Perak untuk diambil tindakan. Satu laporan kepada SPRM juga akan dibuat di pejabat SPRM Ipoh.

TPM TS Muhyiddin Yassin mengguna kenderaan rasmi Roll Royce ketika keluar dari kediaman KM Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, isteri Taib yang meninggal dunia semalam.

Itulah ya, apabila Pakatan Rakyat gunapakai Camry.. berdengung suara sumbang pemimpin Umno (khususnya..,. pemimpin lain dalam BN tak akat apapun), tetapi senyap je apabila ketua menteri Sabah dan exconya pakai jenama Volvo, Sarawak siap guna Mercedes dan Rolls Royce lagi. Apa jadi dengan keta Mercedes yang dibeli Kerajaa Negeri Terengganu.

Tak pakai ke mercedes tu atau ikut lelong macam Dr Zambry AK nak lelong Camry.

N.H. Chan: An inconvenient judge

Chan tells why he feels compelled to speak out. Pix Choo Choy May

Pandangan Chan Nyarn Hoi, 74, atau Datuk NH Chan adalah bekas hakim. Beliau menyatakan secara jujur mengenai kes kudeta Perak.

A no-nonsense former judge Datuk Chan, who has in the last couple of months done the unthinkable: fire away missives at judges who have trampled on the Federal Constitution in deciding issues related to the power grab in Perak.

Still seething over the events that transpired in Perak and decisions of the apex court, he says that if Malaysians are upset with the state of the judiciary and think that the present crop of judges are not up to the mark, they should exercise the power of their vote to change the state of affairs in the country.

Born in Ipoh on March 27, 1935, Chan was admitted to the Bar in 1961. He was a lawyer for almost two decades before becoming a High Court judge and moving to Kuala Lumpur. He was among the first batch of High Court judges to be elevated to the Court of Appeal, set up in 1994 to act as an intermediate court between the High Court and the apex court.

In an exclusive interview, the former judge, who was recommended to the Bench by none other than Sultan Azlan Shah, the Sultan of Perak and a central figure in the present crisis, tells The Malaysian Insider why he feels compelled to speak out.

Q: Unlike many former judges, you have been very vocal in your criticisms against the judiciary. What drives you?

A: In the first place, I am not against the judiciary. I am sure there are some good judges around, only they have not manifested themselves in the present constitutional, should I say, crisis in Perak.

I expected James Foong JCA (as he then was, he is now a Federal Court judge) to do the right thing but he failed to do that. I suppose it takes great courage for a Court of Appeal judge who sat as a winger in the Federal Court to give a dissenting judgment.

Now, back to your question. When I became a judge I had to be true to my calling which is to know that the essence of justice is fair trial and the duty of the judge is to administer it according to law.

This means that the judge’s only duty is to do justice in the disinterested application of known law. Known law means basic law and the term includes both common law and statute law.

The judge who gives the right judgment but does not appear to be impartial is useless to the judicial process. After that, the judge’s whole duty or function is to decide the case according to law on the admissible evidence before him.

And what do you call a judge who does not administer justice according to law? A renegade judge? So now you know why I am so vocal when I admonish the errant judges who did not apply unambiguous law as it stands.

Q: You have been especially blunt in your views over the issues in Perak. Why so?

A: You mean for calling a spade a spade? What do you call a judge who doesn’t follow or apply easy to understand and unambiguous statute law as it stands?

Like Article 72(1) of the Federal Constitution which says: “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”.

This law applies to all members of the legislative assembly — it does not matter if you are DAP or PKR or MCA or Barisan Nasional or any political party.

Even a child could understand the plain meaning of the words. We do not need the Federal Court to interpret (meaning “explain the meaning of”) the words for us. Nor do we need any law professor from Singapore to tell us Malaysians that the courts should have the power of judicial review over what has transpired in Parliament or a Legislative Assembly.

There is separation of powers between the Legislature and the Judiciary of this country. We all know that one can apply to the courts for a judicial review over executive actions. But there is no such thing as judicial review over what transpired in the legislature — if there is such a thing then we can have judicial review over the passing into law of certain Acts of Parliament that we don’t like — like the ISA.

Q: Why did you choose to air your views so publicly? I’m trying to understand why you got involved.

A: I’m only an outsider and I don’t care. But when everybody is missing the point and all that — and some of them have not even read the Perak Constitution, I thought I better explain why the people are angry.

Q: Why do you think the people are angry?

A: Do you know why the Perakians were up in uproar against the Sultan of Perak?

It’s because, as any lawyer will tell you, especially as he was Lord President before, that before you make a decision, you cannot see the parties. If you want to meet any of the parties, both of them must be present. You never do so by seeing one and then making a decision. The moment you do that, to the losing side or to any observer will think you have been influenced. So it’s the impression that counts.

They were angry with the Sultan because they can sense it in their bones that it is wrong to make a decision to see the other side first.

Q: Is the Sultan morally wrong or legally wrong?

A: If the Sultan had executive powers to rule, it is legally wrong, so they could apply for judicial review of the Sultan’s decision. But I pointed out in my first article he has no executive power to rule because he is not an executive monarch, he is a constitutional monarch. What he did was morally wrong. edited version

sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

Posted by abewa Tuesday, 28 April 2009 0 comments

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.

Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.

Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah

Semua ini akan menjadi precedent (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Gobind yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai MP juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat. Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Zambry menyaman speaker V Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Zambry.

Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.

Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya .

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan speaker, manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri speaker.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan speaker .

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Saya jangka, speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.

Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?

Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandate dewan undangan negeri.

Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar. Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Nizar akhirnya.

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.

AYUH RENUNG DAN FIKIR.

beli perdana baru ganti camry

Posted by abewa Wednesday, 22 April 2009 0 comments


IPOH, April 22 - Setelah dilelong dan terjual Toyota Camry, sejumlah Proton Perdana baru akan dibeli untuk para exco, kerana Perdana lebih murah dan lebih melambangkan semangat kenegaraan, kata Zambry.

"Kita sedar kos penyelengaraannya tinggi tetapi kita akan bincang dengan Proton mengenai hal ini agar tak banyak kos penyelengaraan terlibat, katanya.

(PS: Anda fikirlah sendiri)

Dr M says Nazri and Johari are among those Najib should not have appointed

PUTRAJAYA, April 22 – Tun Dr Mahathir Mohamed today singled out Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz as one of the ministers he thinks should not have been appointed into Datuk Seri Najib Razak’s Cabinet.

He also named Datuk Johari Baharum as someone he thought should not have been made a deputy minister.

Dr Mahathir's remarks today came after he expressed disappointment last week that Najib had appointed "unsavoury characters" into his Cabinet.

"It is quite obvious that he (Najib) does not depend upon me, for example, he appointed ministers, deputy ministers who I think don't deserve to be ministers, who are involved in corruption," he told reporters today.


When asked by the press who these ministers were, he replied: "I won't tell you."

However, when pressed further, he added: "Nazri was nasty to me, so of course I don't like him. And Johari Baharum, has this accusation against him for accepting RM5 million to release people. Of course he was cleared but some people still feel he should not be made deputy minister."

Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz is Minister in the Prime Minister's department for law and parliament and Johari Baharum is deputy agriculture and agro based Industries minister.

In 2007, Johari had come under a cloud of allegations for allegedly accepting money to release a detainee when he was deputy internal security minister. He was later cleared.

Nazri had been one of the most vocal defenders of Tun Abdullah Badawi when the latter came under intense attacks from Dr Mahathir.

Nizar dedah perbincangan dengan Sultan Perak


Sultan Azlan Shah tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Itulah anatara iusu kandungan afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Beliau memberikan butiran terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, DS Zambry ak, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Nizar meletak jawatan.

Nizar juga mendedahkan bahawa ketika mengadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau mengadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan DUN.

Lelong Camry membazir wang, kata Nizar

IPOH (22 April) Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak melelong 16 kereta Toyota Camry sebagai tindakan membazirkan wang rakyat.

"Sepatutnya kereta itu digunakan terlebih dahulu dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru dibeli Januari lalu.

"Kereta itu masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

Semalam, kerajaan negeri Perak kudeta dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.

"Dalam tempoh kurang setahun, kos penyelenggaraan sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000. Jadi kita ambil keputusan membeli amry kerana harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.

Nizar berkata, jika BN persoalkan pembelian Toyota Camry itu kononnya tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, kenapa pula kerajaan BN di Terengganu dan Sabah masing-masing mengguna Mercedez dan Volvo.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
oleh Mohamed Hanipa Maidin

Tentu ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin, yang memutuskan bahawa tindakan V.Sivakumar, Speaker DUN Perak menggantung dan melarang Zambry ak dan enam exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Benar terbatal, jika dilihat kenyataan peguam Umno dan akhbar kongkongan Umno yang melaporkan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak.

Sidang Dun dijadual diadakan pada 7 Mei ?

Sesungguhnya banyak yang tidak dilaporkan dan fakta disembunyikan dan tidak jelaskan. Mahkamah hanya membenarkan dua (2) daripada 10 perintah yang dipohon Zambry iaitu: Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.Kedua, membatalkan keputusan V. Sivakumar menggantung dan melarang enam exco Zambry hadii sidang Dun Perak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus ?

Apa sahaja kenyataan peguam Umno bukanlah perintah Mahkamah, tetapi sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN lapan lagi perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Tegasnya, lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ia hanya kenyataan peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Sivakumar masih Speaker. Zambry dan enam exconya mungkin tidak sedar atua sengaja tidak mahu sedar bahawa dia sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker, jika meneruskan usaha membawa kes ke mahkamah.
versi edited perakite


speaker tiada kuasa

Posted by abewa Thursday, 16 April 2009 0 comments

Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco ?

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menyatakan pendirian bahawa Speaker DUN Perak Sivalkumar tiada mempunyai kuasa mengantung khidmat Menteri Besar kudeta dan enam exconya amat mengejutkan.

Keputusan mahkamah memang tidak boleh dipertikaikan namun implikasinya ia menjadi satu precedent/alasan/rujukan dan contoh kepada kes-kes seumpama itu yang mendatang.

Keputusan mahkamah itu mengejutkan ramai kerana kini ia meletakkan Dewa$n Undangan Negeri berada di bawah kuasa Mahkamah. Ertinya apa jua yang diputuskan di persidangan DUN boleh dipertikaikan dan dibawa ke mahkamah untuk diadili semula.

Sekarang terbuka luas pada semua pihak untuk mendakwa dan mempersoalkan apa jua yang berlaku atau diputuskan pada persidangan DUN difailkan di mahkamah untuk diadili semula. Begitulah fahaman ekoran keputusan mahkamah itu.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Pada 18 Feb, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

(PS: dah penming kini laghi pening dan kritikal krisis perlembangaan ini)

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

Fairus letak jawatan ADUN Penanti


Belumpun sempat Pakatan Rakyat meraikan kemenangan dan menganjurkan majlis kesyukuran $PRK Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau, PR dikejutkan pula dengan pengosongan kerusi Dun Penanti, di Pulau Pinang oleh mantan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus mengumumkan meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini. Ia sekaligus akan menjadi medan PRK kelima diadakan selepas PRU 12. Mengejutkan tetapi tidak mengejutkan kerana seperti dilaporkan Fairus menghadapi dilema kerana tekanan yang dihadapinya.

Mungkin itu jalan keluar terbaik bagi Fairus yang tidak mahu mengheret dirinya menjadi bebanan kepada Parti Keadilan Rakyat. Fairus berkata, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

MAJLIS KESYUKURAN

Posted by abewa 0 comments

MERAIKAN KEMENANGAN P059 BUKIT GANTANG

PAS Perak akan mengadakan Majlis Kesyukuran meraikan kemenangan Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pada PRK Bkt Gantang , 7 April lepas. Majlis akan diadakan pada 19hb April 2009 di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, Taiping.

Menurut Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki, jamuan akan bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Semua penyokong Pakatan Rakyat, para blogger dan wartawan dan pendokong Pakatan Rakyat dijemput hadir.

Pada malamnya di tempat yang sama Ceramah Perdana akan diadakan. Ia akan dihadiri Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Nizar dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng. Ceramah bermula jam 9.00 malam.

(ps: dengar cerite kira-kira 10 ekor lembu ditumbangkan hasil sumbangan ramai. Selain itu Pemuda Pas akan turut menumbangkan dua ekor lembu pada minggu kemudiannya)

KEMENANGAN BUKTI MELAYU TETAP UNDI PR

Posted by abewa Wednesday, 8 April 2009 0 comments

Jika orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Bukit Gantang dan PRK DUN Bukit Selambau, pastinya PR akan kalah. Undi orang India dan Cina sahaja tidak mencukupi untuk menjulang PR.

Orang Melayu PADA MULANYA seakan termakan dengan isu sembah derhaka di Bukit Gantang, boneka DAP dan pemberian tanah kepada Cina. Namun TERBUKTI, setelah dijelaskan mereka memahami bahawa Cina juga adalah rakyat Malaysia dan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin bukan penderhaka.

Sebagai rakyat, orang Cina dan India juga mempunyai hak dan PR berusaha untuk tidak mengabaikan mereka dalam usaha memberikan keadilan, di samping memelihara hak Melayu.

Oleh itu pastinya, jika diterjemahkan kemenangan PR di dua bukit itu, maka akan terbuktilah majoriti Melayu mengundi PR. Ini menunjukkan bahawa majoriti Melayu terus menolak Umno/BN kerana tidak berpuashati dan perubahan pucuk pimpinan kepada DS Najib Razak sekadar menambah luka.

Calon anak tempatan Umno/BN, Ismail Saffian juga gagal menyaingi Nizar. Ismail bukan saingan Nizar. Sebelum diumumkan Nizar sebagai calon, pengundi dikatakan memberi sokongan 50-50 pada Ismail, tetapi selepas sahaja nama Nizar disebut, peratusan sokongan pada PR terus melonjak naik.

Faktor pengundi Cina banyak mempengeruhi kemenangan kerana ia menjadi penentu dan mereka benar-benar menyenangi Nizar. Undi simpati dan protes juga mempengaruhi situasi, rakyat tidak dapat menerima atau menyokong rampasan kuasa Umno.

Sokongan pengundi Cina yang meliputi 27 peratus daripada keseluruhan 56,462 pemilih berdaftar memberi kesan besar pada PR059 Bukit Gantang. Walaupun dua tiga hari sebelum pengundian seakan ada tanda seolah-olah angin perubahan melanda khususnya kalangan pengundi Cina ekoran janji-janji manis Dr Zambry AK berhubung dengan hal ehwal pemilikan tanah, tetapi realitinya TIDAK MENJADI.

Zambry cuba memancing dengan berusaha meluluskan hak pemilikan tanah kepada orang Cina dan India. Semasa Nizar membuat dasar ini, Zambry menentang keras. Orang Cina dan India tentunya tidak mudah termakan dengan janji manis ini. Mereka sedar ia mainan politik pilihan raya Umno/BN sahaja.

Sambutan hangat kehadiran pada program Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Sepetang, ternyata menipu Umno/BN. Kalangan Umno menterjemahkan kehadiran orang ramai sebagai perubahan, sedangkan hakikatnya yang hadir ialah kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Memang ramai kalangan Umno/BN yang hadir tetapi memang begitulah sifat mereka yang sering bermuka-muka, apatah lagi pada saat Ds Najib akan melantik barisan kabinetnya yang baru.

Tanda-tanda awal, Umno/BN akan kalah jelas terbayang apabila peti saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dibuka. Dun Kuala Sepetang mempunyai 6,276 orang atau 31.8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina. Pada PRK Bukit Gantang kali ini, ia mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi iaitu 15,411 pengundi atau 78.14 peratus. BN terpukul kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi di kawasan ini.

Ini bermakna BN mengalami majoriti kekalahan lebih 100 peratus berbanding pada PRU12 yang hanya mencatat 564 undi, majoriti kepada PR.

BN juga kalah dalam DUN Changkat Jering yang diwakili pakar lompat Kapt (B) Osman Jailu dengan mencatat peratusan keluar mengundi 73.79 peratus atau 18,418 pengundi. Ertinya di Dun ini, pengundi telah menolak Osman Jailu.

BN hanya menang di DUN Trong – daerah terbesar dengan jumlah pengundi terkecil iaitu 10,796 orang. Itupun dengan majoriti berkurangan daripada PRU12. Sebanyak 7,928 orang atau 73.8 peratus keluar mengundi.

Keseluruhannya 41,757 orang atau 75.34 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini, pertambahan 2.69 peratus berbanding 72.65 peratus atau 40,299 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

PAS telah mendapat sokongan 100 peratus daripada parti pakatan pembangkang DAP dan PKR, menang dengan majoriti 2,789 undi iaitu pertambahan 1,223 undi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU-12, calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi kalah majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum yang memperolehi 20,015 undi. Calon Bebas, Morgan mendapat 872 undi.

Sedarlah BN, bahawa MCA dan Gerakan tidak relevan lagi, politik yang dibawa Umno juga sudah merudum popularitinnya. Orang Cina sudah perit dengan MCA dan Gerakan yang lebih banyak berusaha mengenyangkan perut masing-masing, kedua-duanya bersekongkol dengan Umno. Kedua-dua parti komponen BN itu juga mengiktu rentak Umno.

Orang Cina telah menyimpul mati dalam hati bahawa MCA dan Gerakan sudah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah diberi tempoh puluhan tahun untuk membuktikan keihklasan memperjuangkan nasib mereka.

MIC pula ternyata menambah bebanan sahaja kepada BN. Ia tiada impak lagi malahan menuju kehancurannya. Namun kesalan rakyat pada UMNO/BN akan berterusan setelah tsunami 2008... sokongan pada UMNO/BN tidak pulih dan tidak akan pulih lagi.

Keputusan BN untuk melantik badan bebas melakukan bedah siasat punca kekalahan parti itu hanya lah omongan kosong. Selepas kalah pada tsunami 2008, BN juga berbuat seumpama itu tetapi apabila kajian dan analisis mengena hidung kalangan pemimpin besar mereka sendiri, ia dibakul sampah kan.

Umno/BN tidak akan berubah lagi. Ia akan berubah tetapi berubah ke arah lebih teruk lagi. Ayuhlah ramai-ramai menyertai PAS, kosongkan UMNO.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin sebagai rekasi pada kekalahan itu jelas membayangkan segala: “Walaupun kita bekerja keras dengan turun ke bawah memberi penjelasan kepada pengundi tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka untuk menerima kita.”

Sokongan terhadap BN semakin merosot dan keputusan PRK Bukit Gantang adalah gambaran pendirian seluruh rakyat Perak terhadap BN, terutama Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

PRU Ke-13 bukan jauh. Pemilihan saf pimpinan Umno di bawah Najib sudahpun menunjukkan tanda-tanda negatif dan jika turut diterjemahkan dalam perlantikan barisan kabinet barunya, maka UMNO/BN menanti rebah tidak terbangun lagi.

nizar: bukti rakyat mahukan keadilan

Posted by abewa Tuesday, 7 April 2009 0 comments

MENANG…Nizar menewaskan Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.

TAIPING: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil hari ini dengan memperoleh 21,860 undi menewaskan calon BN Ismail Saffian dan calon bebas Kamrul Ramizu.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ismail mendapat 19,071 undi, manakala Ramizu hanya 62 undi. Razamizu hilang wang pertaruhan.

Semasa berucap, Nizar menyifatkan kemenangan beliau sebagai satu referendum rakyat yang mahukan sebuah kerajaan demokratik, urus tadbir baik dan adil serta menghendaki Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Ia menunjukkan majoriti rakyat sekata dengan desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan rakyat membuat keputusan baru melalui pilihan raya baru, katanya.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kemenangan ini signifikan dari sudut lanskap politik Perak dan nasional, khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan Majlis Perbandaran Taiping (pusat penjumlahan undi) meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Allahyarham Roslan Shahrom . Pada Pru12, calon PAS itu memperolehi 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 136 daripada pemilih pos. Secara komposisi kaum Melayu mewakili 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

DI PRK DUN Bukit Selambau, Kedah pula, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar menang dengan meraih 12,632 undi, menewaskan calon BN S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan majoriti 2,403 undi.




TAIPING (8 April): Kemenangan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat hampir sekali ganda daripada PRU12 lepas menunjukkan rakyat telah muak dan cuak dengan politik Umno.

Ia jelas menunjukkan rakyat tidak menerima dakwaan UMNO bahawa Nizar itu penderhaka, boneka DAP mahupun rekaan cerita karut adun bebas yang tidak bebas Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu. Sesungguhnya rakyat lebih mempercayai Nizar daripada omongan Dr Zambry ak, Jamaludin mahupun Osman.

Nizar memperolehi majoriti 2,789 undi sekali gus menutup mulut Umno/BN yang kerap kali celupar merendah-rendahkan Nizar maupun calon Pas. Mungkin Dr Zambry AK berkata diapun boleh buat atau boleh menang jika dicalonkan menentang Nizar. Itulah keistimewaan Umno/BN yang tidak pernah cuba mengakui kekalahan dan kelemahan diri.

Umno tentunya membelanjakan jutaan ringgit dalam usaha mengalahkan Nizar dengan meletakkan ayam tambatan terbaiknya, Ismail Saffian. Pelbagai janji manis ditabur tetapi akhirnya tersungkur… tersungkur dengan jumlah undi pada Nizar bertambah.

Perjuangan Umno/BN yang kerapkali bertukar arah dan bersifat adhoc keputusannya akan menjadi semakin tidak relevan pada rakyat Malaysia. Umno akan terpupus dengan sendirinya. Sementara itu peranan Nizar akan bertambah dan karier politiknya akan bertambah cerah.

Kemenangan Nizar cetuskan inspirasi baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Ia juga ukuran bahawa rakyat mempercayai ketelusan dan keikhlasan perjuangan Nizar dan Pas. END

nizar :kemenangan mengesahkan perjuangan

Posted by abewa Monday, 6 April 2009 0 comments

sekilas pandangan

TAIPING, 8 April: Cuaca pada hari pengundian PR059 PRK Bukit Gantang seakan-akan mengalu-alukan para pengundi untuk keluar mengundi awal beramai-ramai untuk memilih calon pilihan masing-masing yang pastinya Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin… bukan Ismail Saffian (Umno) atau Ramizu (bebas).

Siapapun terpulang pada kepercayaan dan selera pengundi masing-masing. Yang tegar Pas akan mengundi Nizar, manakala yang mahukan perubahan.. juga akan mengundi Nizar.. yang mempercayai dan fanatik Islam juga akan mengundi Nizar, yang menolak Umno juga mengundi Nizar, yang atas pagar juga sila lah mengundi Nizar.

Nizar adalah bukan sekadar calon terbaik Pas abad ini, malahan satu bintang yang sedang gemerlapan untuk memancar dalam persada politik negara. Jadi ia wajar dipertimbangkan sebagai de factor yang kukuh.

Memang Bukit Gantang, seketika dulu kubu kuat Umno. Itu cerita lama kerana Umno/BN telah kalah kepada allahyarham Roslan Shahrum pada PRU12 2008. PRK hari ini pula akan memperkukuhkan penolakan rakyat pada Umno/BN. Selain itu, PRK ini akan memperlihatkan sama ada rakyat menerima dan nampak Nizar (kalau celik) sebagai seorang pemimpin yang dicari-cari selama ini, seorang pemimpin yang bersih dan tidak korup, berwibawa, adil dan saksama.

Ia akan bergantung pada sama ada orang Melayu yang berada di kawasan luar bandar termakan dengan kempen “sembah derhaka” dan isu boneka yang dimainkan Umno/BN kerana hanya dua isu ini yang amat ketara cuba disumbatkan ke dalam benak Melayu. Sedangkan pada hakikatnya Umno temberang besar dalam hal ini.

Ataupun orang Melayu sudah memahami apa yang berlaku dengan menyimpulkannya bahawa Umno yang menjadi dalang atau penjual ubat yang sudah basi di era ini. Pengundi Melayu yang merupakan 63 peratus daripada 55,000 orang pengundi di Bukit Gantang tentunya bijak membuat kesimpulan masing-masing.

Umno dengan tagline mohon restu rakyat juga kelihatan memakan diri sendiri. Ia seakan mempermainkan rakyat kerana rakyat sudah sekian lama memberi mandat dan restu pada Umno untuk memerintah. Kini Umno mohon restu lagi daripada rakyat untuk apa? Berkuasa muntuk elakukan rasuah dan jenayah dan segala macam perkara yang pelik dan rumit.

Apapun secara jelas, keberkesanan gerak kerja Pas dan Pakatan Rakyat menampakkan bahawa Nizar terus diterima rakyat sama ada Melayu, Cina maupun India. Ini menakutkan Umno. Kedatangan Tun Mahathir Mohamad (yang dimport kerana DS Najib dan Ts Muhyidin gagal) untuk berkempen selama 40 minit juga tidak memberi banyak kesannya. Yang datang mendengar sekadar meramaikan situasi adalah orang luar dan para penyokong Pas sendiri. Mereka sekadar ingin mengetahui apakah gula-gula yang dibawa.

Bagaimanapun tujuan membawa Tun adalah jelas. Ia untuk menarik pengundi atas pagar. Namun pagar pun sudah dirobohkan, yang ada sekadar tiang-tiang pagar sahaja.

Nizar mempunyai auranya yang tersendiri. Kalau dulu Pas menumpaskan Umno dengan majoriti 1,566 undi, namun pada PRK ini adalah dijangkakan bahawa jumlah majoriti akan meningkatkan kerana calon yang diletakkan telah terbukti berwibawa.

Yang peliknya jentera pilihan raya Umno di bawah Dr Zambry AK menjadi kaku dan kojol seakan tidak bergerak … seakan mengaku kalah awal lagi. Apa tidaknya takda manusia yang mengerumuni majlis anjuran Umno/BN. Sekadar gimik, semua media arus perdana yang terkenal sombong dan bongkak terpaksan dengan gah melaporkan perkara sebaliknya dengan membohongi rakyat.

Bagaimanapun, kemenangan atau kekalahan PR (yang tidak mungkin berlaku) akan memberi gambaran sebenar mengenai sikap dan penerimaan orang Melayu mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kemenangan Nizar akan mengesahkan penolakan rakyat pada kerja-kerja kotor Umno/BN dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat… dan secara langsung juga mengesahkan kemunculan satu ikon yang baru dalam persada politik negara. END

TAIPING, 7 April: Perjalanan peroses pengundian kelihatan berjalan lancar di beberapa lokasi tempat pengundian berasaskan lawatan yang dilakukan, walaupun berlaku sedikit ketegangan antara penyokong di beberapa tempat.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, Calon Pas Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamalauddin dan rombongan kelihatan melawat beberapa tempat pengundian dan pada tengah hari ini telah melawat sekitar Batu 9, Cangkat Ibol.

Pada awal sekitar jam 10.30 pagi, kenderaan yang dinaiki Nizar telah dihalang oleh penyokong BN. Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana. Bagaimanapun tindakan polis dapat mengawal keadaan.

Menurut jurucakap SPR setakat tengahari ini, lebih 30 peratus telah keluar mengundi. Keadaan suasana amat meriah.

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Setelah selamat hari penamaan calon, maka petugas telah membantu saya menjelajah ke seluruh pelusuk dan kawasan Parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Sebagai calon, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan daripada seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari Umno-BN yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunI kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat, terima kasih atas kepercayaan mencalOnkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS. Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat.

UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Polis dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kpada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang, selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

Jual topeng pun salah !

TAIPING (8 April): Polis menahan sepasang suami isteri yang menjual topeng Altantuya. Mereka dibawa ke IPD Taiping untuk diambil kenyataan.

Suami isteri itu difahamkan meniaga topeng itu di Tapak Expo Rakyat di Simpang, di sini.

(ps: ramai kanak-kanak suka memakai topeng itu sebagai bahan mainan mereka) .

POLITIK BARU PAS MENAWAN PENGUNDI

Posted by abewa Sunday, 5 April 2009 0 comments

BUKIT GANTANG :PENGUNDI MULA 'SWING' PADA NIZAR

POLITIK BARU yang dipelopori PAS pada PRK Bukit Gantang TELAH MENAMBAT HATI pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mi segera, memperkudakan agensi kerajaan dan memperkudakan media massa, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan POLITIK yang menjamin kelangsungan hidup bangsa dan negara.


PAS tenang menghadapi POLITIK lapuk BN. Sebaliknya PAS/PR menawarkan pengundi dengan pendekatan mesra rakyat, memahami masalah rakyat, berkongsi kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan serta membentangkan pada rakyat peri pentingnya Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang sebagai pencetus kesedaran rakyat.

Selain itu rakyat semakin sedar faham episod derhaka bahawa BN merompak dan menafikan hak rakyat yang memilih PR sebagai kerajaan negeri Perak. Ini ekoran keberkesanan jentera kempen PR yang tersusun, komited, sistematik dan sabar. Tambahan pula dengan calon PR yang hebat, mesra rakyat, teruji, berilmu dan berkarisma.

Menurut risikan, PR kini mendahului BN dengan agak selesa. Ada pendapat menyatakan 60 peratus pengundi memihak pada PR sehingga semalam. Dianggarkan PR akan mendapat kira-kira 25,000 undi manakala BN hanya memperolehi kira-kira 18,000 undi. Andaian ini dibuat jika 78 peratus pengundi keluar mengundi.
Setakat ini dilaporkan 49 peratus pengundi Melayu dan 75 peratus pengundi Cina dan India cenderung mengundi PAS. (says alfuthuhat/edited version perakite)

Posted by abewa 0 comments

siti pun tau menghormati tuan guru

Posted by abewa Saturday, 4 April 2009 0 comments

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz


KOTA BHARU: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membuat kunjungan hormat pada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat din di Pejabat Menteri Besar pada 2 April lepas.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa. Siti berada di negeri Che Wan Kembang untuk mengadakan persembahan sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel.

Pada kunjungan itu, Siti menyampaikan cenderahatinya kepada Tuan Guru.

“Sepanjang hidup, nak juga bertemu Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,” ujarnya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip tersendiri."


pulang paku buah keras, mengata orang rupanya dia (UMNO) yang lebih. Meskipun demikian, tiada apa tindakanpun diambil, malahan disokong jua oleh media kongkongan umno.

Saudara nilai lah sendiri apa yang tercatat di bawah ini:

1. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar dibuang dari Istana Johor pada 1920 kerana mengkritik Sultan atas isu harta
2. Pada 1974, TS Ghazali Jawi (bapa DS Tajol Rosli) menderhaka dengan enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak menyebabkan Sultan Idris murka.
3. Pada 1979 Dato Abdul Rahim Bakar ketika itu MB Pahang menguna media pro Umno mengkritik Sultan Pahang secara tyerbuka.
4. Pada 1983.. Umno mahu meminda kuasa Yang diPertuan Agong mengenai perisytiharan darurat dikurangkan. Umno menyerang Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan itu.
5. Pada 1991, pada perhimpunan Agung Umno, Sultan Kelantan dihina dan dihentam secara terbuka kerana dikatakan masuk campur dalam politik menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya.
6.Pada perhimpunan agung umno itu juga, perwakilannya sewenang-wenangnya mendesak raja-raja mengisytiharkan harta. Ia dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada halaman depannya? Ini bukan menderhaka
7.Pada 18 Januari 1993, pindaan perlembagaan persekutuan menyebabkan Raja-raja boleh dicabar di Mahkamah. Apabila raja-raja mohon tangguhkan, media kerajaan mengkritik terbuka salah laku raja-raja.
8.Rapat-rapat umum diadakan menyokong PM Mahathir Mohamad ketika itu yang mengecam Raja-raja Melayu.
9. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra sebagai mengantikan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh, Kelantan dengan sendirinya menghina dan menderhakai sultan..
10. Berita Harian 11 jun 1993: Shahidan Kassim mengatakan " Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta ."
11. TS Muhammad Muhammad Taib berkahwin lari dengan putri Sultan Selangor sehingga menimbukan kemurkaan baginda Sultan .
12. Sebanyak 23 daripada 24 Adun Terengganu ugut memboikot majlis angkat sumpah Dato Ahmad Said menjadi MB terengganu selepas PRU 13 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggahi istana dan menuntut Idris Jusuh dilantik menjadi MB. Penyokong Umno menyelar dan menyifatkan "nate" (binatang) menghina sultan.
13. Shahidan Kassim memboikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis. Engkari sultan ..?

Zahid@Menteri di JPM (agama) dihiburkan gadis-gadis seksi dalam usaha memancing undi rakyat kepada Umno/BN?

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Safian pada majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan bualan.

Majlis itu diserikan dengan nyanyian tiga gadis montok berimej seksi selepas Zahid dan calon BN pada PRK Bukit Gantang selesai menyampai ucapan merayu hadirin menyokong BN.



Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (foto bawah, kiri).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Matlamat menghalalkan cara.